Menjadi sebahagian Penyelesaian
“makcik2 ni dah tua-tua semuanya, semuanya pakai tudung, ada yang hantar anak pegi sekolah agama, tapi buat fitnah dan mengumpat tak habis2…”
kenapa orang yg nampak baik dan buat amalan2 yg baik dan alim tapi tetap buat perkara tak baik?
1)’amalan’ yang dia buat tu atas niat apa? kerana…
-ada makcik-makcik dan nenek2 yang buat begitu banyak ‘amalan2 baik’ tanpa tahu pun di sebalik amalan tu ada dalil dan kebaikannya. ada juga begitu ramai makcik2 dan nenek2 ber amal atas kefahaman yg cetek, dan ada pula yg beramal atas takda kefahaman langsung: hanya mengikut saja.
ayat ini sangat penting: surah al-baqarah ayat 170
“dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,’, mereka menjawab, ‘(tidak!) kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami (melakukannya).’ Padahal, nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk.”
ayat ini saya kemukakan sebagai peneguhan kepada satu faktor amalan yang lebih utama dan sangat penting iaitu: niat.
apa niat mereka membuat amalan itu? ramai wanita sekarang, malahan nenek2, makcik2, ibu2, kakak2, yg suka berfalsafah: pakai tudung pun boleh berfesyen juga.
boleh, tak salah, jika niat nya ialah menutup aurat kerana Allah suruh, bukan kerana nak berfesyen!
kenapa? kerana…”Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang di niatkan. oleh sebab itu, org yg berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-nya. tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dgn niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, beliau mendapat apa yg di niatkan semasa ber hijrah…” (rujuk hadis nombor satu dalam koleksi 40 hadis yg di kumpulkan oleh imam nawawi)
kerana ini lah kefahaman kita membuat apa-apa perbuatan/amalan mesti lurus dan betul. kerana Allah suruh. kerana pasti ada manfaat dan kebaikan di sebalik suruhan dan larangan Allah.
berbalik kepada kenapa org baik buat amalan baik tapi buat tak baik juga?
2)kerana kita manusia. manusia pelupa, ikut perasaan, ikut nafsu, di goda syaitan, over-excited, etc.
jika kita nampak kawan2 kita begitu…kita sebagai org yg nampak org lain buat kesilapan, jadilah org yg memperbaiki, org yg part of the solution, dan bukan org yg mahu mengutuk saja (kita sama la dengan org tu jika kita pun kutuk org yg mengutuk dan bukan nak menegur org yg mengutuk tu)
walaubagaimanapun….kerja ‘pembaikan’ kesilapan ni…saya mengaku…bukan lah mudah kan..kadang2 kita sebagai org di luar situasi tersebut nak menegur org yg dlm situasi dan kata, “awak buat kesilapan” bukan la senang, lagi2 jika org yg kita nak tegur tu mungkin lebih tua, lebih berpangkat, lebih berkuasa, etc2….
i guess pasal tu la Rasulullah s.a.w bagi kita panduan bila nampak kemungkaran berlaku: kalau boleh ubah benda tu dengan tangan, buat dgn tangan (atau di katakan sama ertinya dgn ‘kuasa/otoriti/authority), kalau tak boleh, dengan mulut (freedon of speech), kalau tak boleh jugak, dalam hati kita sendiri je – tapi ingat, dalam hadis yg sama, Rasulullah s.a.w menyebut bahawa yg menegur dalam hati tu…itu lah selemah2 iman…
iya2…apa kurang nya yg menaip-naip di computer ni. cakap memang senang.
tapi takpe…hari ni saya mengingatkan saudara/i…besok anda ingatkan saya pula ye =)
‘ala kulli hal, let’s try our best to be part of the solution, and bukannya part of the problem…nanti masalah tak selesai2 tapi tambah masalah2 baru, na’uzubillah!


